Tuesday, 3 May 2011

Kelebihan Buah Acai-berry

Salam 1 Malaysia..
Alhamdulillah saya sudahpun menerangkan mengenai produk2 Monavie. Jadi dalam post kali ini saya akan berkongsi mengenai buah acaiberry dan kelebihannya.


Pernahkah anda mendengar tentang buah Acai berry? Buah Acai berry berasal dari hutan amazon dan digelar sebagai Superfood nombor 1 dunia.


Buah berwarna purple gelap ini didapati mengandungi antioksida yang tinggi - malah lebih tinggi dari anggur, bluberry, blackberry atau buah delima. Boleh dikatakan kandungan antioksida di dalam buah Acai berry adalah antara yang tertinggi di dunia.


Antioksida membantu kita membuang toksin di dalam badan yang menyebabkan banyak penyakit. Selain kandungan antioksida yang tinggi, buah ini juga mengandungi kandungan serat dan lemak baik yang bagus untuk kesihatan jantung dan usus. Ia mengandungi kandungan Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 yang baik untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan paras kolesterol baik di dalam darah. Selain itu, ia juga mengandungi kandungan garam dan mineral yang bersesuaian untuk kesihatan badan. Rasa buah ini dikatakan seperti coklat tetapi ia mengandungi kandungan gula yang rendah, jadi ia tidak merbahayakan pesakit kencing manis.



Kajian mendapati khasiat buah Acai berry mempu diserap oleh badan manusia. Malah, satu kajian makmal menunjukkan antioksida di dalam Acai berry mampu memusnahkan sel-sel kanser. Walau kajian awal menunjukkan keputusan memberangdsangkan, saintis berpendapat masih banyak kajian perlu dijalankan terhadap buah Acai berry untuk mereka mengetahui dengan lebih lanjut khasiat yang ada padanya.


Acai berry adalah buah yang amat baik untuk kesihatan. Tetapi, ia banyak dikaitkan dengan usaha menurunkan berat badan dan anti-aging. Walaupun Acai berry dapat membantu kedua-dua ini, ia adalah disebabkan Acai berry mampu menolong memperbaiki kesihatan badan. Ini tidak hairan kerana berat badan ideal dan kekal muda kedua-duanya adalah kesan badan yang sihat.


Acai berry banyak diperkatakan di negara barat kerana khasiat yang ditawarkan. Ia pernah dibincangkan di rancangan Oprah, malah pernah diwartakan di Buletin Utama TV3.

Saya sendiri mencuba buah ini dan mendapati ia mampu membuatkan saya lebih bertenaga. Jika dahulu saya selalu berasa penat di waktu petang, sekarang tidak lagi.

Walaupun begitu, perlu diingatkan buah Acai berry amat senang rosak dan perlu diproses di dalam masa 24 jam selepas dipetik. Hanya cara memproses yang dikenali sebagai freeze drying mampu mengekalkan khasiatnya. Khasiatnya pula banyak terdapat di kulit dan bukan bijinya. Oleh itu, jika anda berminat mengamalkan Acai berry, anda perlu berhati-hati memilih produk yang baik. Banyak produk, walaupun ditawarkan pada harga murah, tidak dijaga kualitinya. Jangan membuang duit membeli produk-produk begini kerana ia tidak akan memberi khasiat pada badan anda.

Jika berminat mengetahui tentang jus Monavie, anda boleh berbuat demikian di http://www.share2u.my/amir888 atau anda boleh memesan produk berkualiti acai berry dengan menghubungi saya di nombor yang tertera di bawah.

Amir 0129179055 putra_amir85@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment